Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Mulai 8 Mac 2021 (Permohonan Baru)
Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Mulai 8 Mac 2021 (Permohonan Baru)|ANDA ingin tukar jumlah pengeluaran i-Sinar KWSP? Berita baik buat anda pemohon i-Sinar yang ingin ketahui cara tukar amaun pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online mulai 8 Mac 2021. Berikut dikongsikan Cara Tukar Amaun i-Sinar KWSP Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, bermula 8 Mac juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online. Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Mulai 8 Mac 2021 (Permohonan Baru)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Tukar Amaun i-Sinar KWSP Online termasuk tarikh bayaran, jumlah pengeluaran dan permohonan baru:
Kemaskini Jumlah i-Sinar KWSP Online
1. Layari Portal i-Sinar secara online di https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik "Pindaan Pengeluaran".
2. Isikan No. IC dan nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian, klik pada "Teruskan".
3. Untuk meminda alamat tekan ✅ pada Alamat Surat-Menyurat.
4. Untuk meminda amaun tekan ✅ pada Amaun Dipohon.
5. Tetapkan amaun pilihan baharu.
6. Untuk meminda maklumat bayaran tekan ✅ pada Maklumat Bayaran.
7. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank yang baharu.
8. Tekan ‘TERUSKAN’ untuk meneruskan proses permohonan anda.
Permohonan Baharu i-Sinar KWSP Tanpa Syarat
1. Untuk permohonan baharu i-Sinar boleh dibuat mulai 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online di https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request.
2. Sebelum permohonan anda perlu menyemak baki simpanan akaun 1 KWSP secara online melalui portal I-Akaun atau cawangan/ kiosk KWSP berdekatan.
Senarai Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP
Amaun kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan simpanan Akaun 1 seperti berikut:
Artikel Berkaitan:
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar, sila hubungi di Talian Hotline 03 - 89224848 atau layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.
Semoga perkongsian Cara Tukar Amaun i-Sinar KWSP Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Tambah amaun 5k
ReplyDelete