Cara Daftar BSN Online Banking 2021 (Tutorial Mudah)

Cara Daftar BSN Online Banking 2021 (Tutorial Mudah)|ANDA ingin daftar BSN online banking? Berita baik buat pengguna BSN yang ingin daftar internet online banking MyBSN tahun 2021. Untuk makluman anda, pendaftaran MyBSN Banking boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi BSN. Berikut dikongsikan Cara Daftar BSN Online Banking 2021 buat panduan anda.

Cara Daftar BSN Online Banking 2021 (Tutorial Mudah)

Sedia maklum, MyBSN merupakan sebuah portal internet yang mengandungi semua maklumat tentang BSN serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Cara Daftar BSN Online Banking 2021 (Tutorial Mudah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Online Banking BSN 2021 termasuk cara login akaun BSN:


Pendaftaran MyBSN Online Banking Dengan Mudah

1. Layari Portal Rasmi MyBSN secara online menerusi pautan di https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/

2. Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.

3. Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.

4. Masukkan No. Kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan sahaja. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.

5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number.

6. Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.

7. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.

Syarat Kelayakan Daftar MyBSN Online Banking

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran BSN online banking adalah seperti berikut:

1. Pemegang akaun BSN dengan kad ATM/ Debit/ Kredit BSN.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.

Cara Login MyBSN Online Banking

1. Masukkan username anda yang didaftarkan.
2. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
3. Kemudian, masukkan Kata Laluan yang didaftarkan.
4. Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BSN atau hubungi di talian 1300 - 88 - 1900.

Semoga perkongsian Cara Daftar BSN Online Banking 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.