Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020
Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020|ANDA ingin mohon i-Sinar KWSP? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online. Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 bagi kategori 1 manakala kategori 2 pula bermula 11 Januari 2021 menerusi Laman Web Rasmi i-Sinar.
Sedia maklum, pengkreditan pertama dalam akaun bank ahli akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan, jumlah pengeluaran dan semakan status:
Cara Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online
1. Permohonan i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online di Portal Rasmi i-Sinar menerusi pautan di https://isinar.kwsp.gov.my/.
2. Isikan maklumat seperti No. My Kad dan No. Telefon yang disahkan. Klik pada butang "TERUSKAN".
3. Isikan No. OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP.
4. Tetapkan Amaun Pilihan anda.
5. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN.
6. Kemudian, isikan butiran maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.
7. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran sebelum tekan HANTAR.
9. Permohonan anda diterima dan akan diproses. Klik pada butang "Cetak & Simpan" untuk rujukan anda.
Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP
Antara Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan 2 Kategori seperti berikut:
Senarai Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP
Amaun kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan simpanan Akaun 1 seperti berikut:
Semakan Status i-Sinar KWSP 2020 Online
- Semakan status i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online mulai 4 Januari 2021 menerusi Portal Rasmi i-Sinar.
Artikel Berkaitan:
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar KWSP, sila Hubungi di Talian Hotline 03 - 89224848 atau layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.
Semoga perkongsian Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Mansuh kn je kriteria2 bagai nih , mnyusah kn rakyat je ... cukup time ini kerajaan kasi bungkus ikat tepi , nk membantu biar ikhlas ... nk dpt duit sendiri pn dh mcm mengemis ...
ReplyDeleteMansuh kn je kriteria2 bagai nih , mnyusah kn rakyat je ... cukup time ini kerajaan kasi bungkus ikat tepi , nk membantu biar ikhlas ... nk dpt duit sendiri pn dh mcm mengemis ...
ReplyDeleteMedia Hub Kota Belud mewakili seluruh rakyat Kota Belud yang mempunyai caruman KWSP memohon dan mendesak kerajaan agar memansuhkan kriteria-kriteria yang menyusahkan pencarum. Perkara ini boleh dipercepatkan. Kenapa pula diperlambatkan?
ReplyDeleteMedia Hub Kota Belud mewakili seluruh rakyat Kota Belud yang mempunyai caruman KWSP memohon dan mendesak kerajaan agar memansuhkan kriteria-kriteria yang menyusahkan pencarum. Perkara ini boleh dipercepatkan. Kenapa pula diperlambatkan?
ReplyDeleteAkaun1 saya ada 75k, akaun 2 masih ada baki 13k. Kalau saya tak layak utk buat pengeluaran 10k dlm akaun 1,bagi je la semua baki yg ada dlm akaun 2 tu.Bersyarat bagai nk ambik duit sendiri
ReplyDeleteMacam mana nak tukar no telipon baru no lama tk guna dah
ReplyDelete