Permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online Untuk Golongan B40

Permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online Untuk Golongan B40|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri dan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki dan MyHome 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPRN.

Permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online Untuk Golongan B40

Sedia maklum, Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Dalam sistem TEDUH ini akan memaparkan beberapa skim perumahan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Program Rumah Transit dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online Untuk Golongan B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Permohonan PPR Disewa/ Dimiliki Dan MyHome termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan PPR Disewa/ Dimiliki dan MyHome 2020 Online

A. Daftar Akaun

1. Pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, anda haruslah membuat akaun menerusi pautan di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register atau Portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/

Permohonan PPR Disewa/ Dimiliki Dan MyHome 2020 Online (Semakan Status)

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti Nama, No Kad Pengenalan dan Alamat e-mel.

B. Pergi Ke Emel Untuk Pengesahan

1. Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

C. Pilih Skim

1. Pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
3. Pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

D. Dokumen Sokongan

1. Pemohon perlu klik pada DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

E. Lakukan Pengesahan

1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
2. Setelah membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

Syarat Kelayakan Rumah PPR 2020

Antara Syarat Kelayakan Rumah PPR adalah seperti berikut:

A. SKIM PPR DISEWA

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

B. SKIM PPR DIMILIKI

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

C. PEMOHON SKIM MYHOME

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online

👉 Permohonan Rumah PPAM 2020 Online


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Semoga perkongsian Permohonan Rumah PPR Disewa/ Dimiliki Dan MyHome tahun 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

1 comment:

  1. Selamat pagi, sya mau tanya status rh PPR TAMAN ANGGERIK KENINGAU, SBB SYA ADA SEWA DSANA, JADI MAHU TAHU, SAMA ADA NI RUMAH PPR SEWA BELI KAH. DAN DIMANA SYA MAHU RUJUK NI PERKARA.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.