Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Online Untuk Golongan B40 (TEDUH)

Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Online Untuk Golongan B40 (TEDUH)|ANDA ingin mohon Rumah Mampu Milik? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berkelayakan memiliki rumah pertama sendiri. Untuk makluman anda, kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) menyediakan sebuah portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa.

Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Online Untuk Golongan B40/ M40 (TEDUH)


Sedia maklum, Portal TEDUH ini turut memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit. Fungsi laman web TEDUH adalah portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia. 


Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Online Untuk Golongan B40 (TEDUH)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Skim Perumahan di Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan cara permohonan:


Cara Pendaftaran Rumah PPR, MYHOME, PR1MA Dan Rumah Transit Online

A. Daftar Akaun

1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register atau Portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/.

2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. Buat Pengesahan

1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.

3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.

C. Log Masuk

Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.

D. Pilih Skim Perumahan

1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.

2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.

E. Maklumat Pemohon

1. Klik pautan maklumat pemohon.

2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.

F. Pilih Projek

Klik pautan Projek untuk memohon projek.

G. Dokumen Sokongan

Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.

H. Pengesahan

Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.


Senarai Program Perumahan & Syarat Kelayakan Permohonan

A. Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

B. Skim Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.

C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah PPR 2020 Online

👉 Permohonan Rumah PPAM 2020 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200

Emel: teduh@kpkt.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Untuk Golongan B40/ M40 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.