Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang (Semakan Status)

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan BPN 2.0 bakal dibuka? Untuk makluman anda, kerajaan telah melanjutkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional menerusi BPN 2.0 yang boleh dimohon bermula 15 Oktober ini menerusi Portal Rasmi BPN. Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 buat rujukan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang (Semakan Status)

Namun, masih ramai yang belum mengetahui syarat-syarat kelayakan bagi kategori penerima BPN 2.0. Buat pengetahuan korang, semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021.


Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Permohonan BPN 2.0 termasuk kategori penerima dan semakan status:


Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

Kategori B40

◼️Isi Rumah:

- Sudah berkahwin

- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

◼️Bujang:

- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak

- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)

- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

◼️Isi Rumah:

- Sudah berkahwin

- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

◼️Bujang:

- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak

- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)

- Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang (Semakan Status)


Semakan Status Penerimaan BPN 2.0

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.


Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.