Semakan Status Kelulusan BPN 2.0 Secara Online
Semakan Status Kelulusan BPN 2.0 Secara Online|BILAKAH tarikh semakan status BPN 2.0 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon yang ingin membuat semakan status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) secara online. Untuk makluman anda, semakan status BPN 2.0 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 15 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi BPN.
Sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah dan golongan bujang. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021.
Semakan Status Kelulusan BPN 2.0 Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status BPN 2.0 termasuk syarat kelayakan dan tarikh bayaran:
Cara Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online
1. Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status secara online mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
Tarikh Pembayaran BPN 2.0
- Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.
- Manakala, bagi permohonan baharu BPN 2.0 bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.
Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
Kategori B40
◼️Isi Rumah:
- Sudah berkahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
◼️Bujang:
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah
Kategori M40
◼️Isi Rumah:
- Sudah berkahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000
◼️Bujang:
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
- Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran
Mana bantuan macam susah je nak dapat
ReplyDelete