Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal 2020 Online (Semakan Status)

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal 2020 Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Bantuan Ibu Tunggal? Berita baik buat ibu tunggal yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Ibu Tunggal 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) sehingga tarikh tutup 31 Oktober 2020 menerusi Portal Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, seramai 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal terima bantuan sebanyak RM300 secara one-off.

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) 2020 Online

1. Menerusi Portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal mengikut negeri menerusi laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

2. Isikan borang permohonan dengan lengkap mengikut negeri pemohon masing-masing.

3. Kemudian, pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

4. Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

Info Penting:
*Sebarang makluman berkaitan BKIT akan dikemaskini menerusi Laman Web dan Facebook JPW.

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Tunggal 2020

Menurut JPW, kategori ibu tunggal yang layak menerima BKIT mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia yang menetap (tinggal) di Malaysia.
2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi ibu tunggal (rujuk di bawah).
3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal 2020 Online

Status kelulusan akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau secara online melalui laman web http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon

Bantuan JKM RM300 One-off Untuk Ibu Tunggal Dan OKU

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/. Pemohon juga boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03-8323 1000 atau terus ke alamat:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

Semoga perkongsian Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal tahun 2020 secara online ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.