Permohonan Bantuan JKM 2020 Secara Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan JKM 2020 Secara Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Bantuan JKM tahun 2020? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan JKM 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi eBantuan JKM atau mengisi borang permohonan JKM 18 secara manual dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Permohonan Bantuan JKM 2020 Secara Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan JKM 2020 Secara Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan JKM termasuk tarikh bayaran, semakan status dan cara kemaskini Bantuan JKM:

Borang Permohonan Bantuan JKM 2020

Berikut dikongsikan Cara Permohonan eBantuan JKM secara online dan manual (borang):

A. Permohonan eBantuan JKM Secara Online

1. Pemohon boleh layari laman web rasmi eBantuan JKM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Klik pada "Daftar Permohonan Atas Talian".

3. Klik "Daftar Permohonan" dan pilih "Negeri".

4. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang "Daftar".

5. Pastikan isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

B. Permohonan eBantuan JKM Secara Manual

1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan JKM 18 secara manual dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

2. Pastikan isikan maklumat borang permohonan JKM 18 dengan lengkap dan betul.

3. Sila sertakan beberapa dokumen sokongan yang disahkan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Semakan Status Bantuan JKM 2020 Online

1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

2. Klik pada butang ''Semakan Status Permohonan Atas Talian".

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

Borang Kemaskini Permohonan JKM 20

KLIK 👉 http://www.jkm.gov.my/jkm/

Senarai Jenis Bantuan Kebajikan Masyarakat

Berikut dikongsikan Senarai Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5. Bantuan Orang Tua (BOT);
6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
7. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
8. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
9. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
10. Tabung Bantuan Segera (TBS)
11. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8000 8000

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan JKM tahun 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan JKM!

No comments

Powered by Blogger.