Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat|APAKAH tema Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2018? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018 adalah 'Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat'. Berikut dikongsikan contoh soalan beserta skema jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat buat panduan pelajar.

Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan contoh soalan dan skema jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 3 SPM:

Kerangka Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

1. Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita

F1 Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka
F2 British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
F3 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
F4 Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
F5 Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
F6 Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
F7 Dimulakan oleh kerajaan Perikatan
F8 Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
F9 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
F10 Untuk membasmi kemiskinan

[ 10 x 1m = mak 5m ] 5 markah

2. Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

F1 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka
F2 Matlamat membangunkan kawasan luar bandar
F3 Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
F4 Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
F5 Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah
F6 Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam
F7 Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
F8 Penanaman semula getah digalakkan
F9 Hasil pertanian dipelbagaikan
F10 Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan
F11 Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
F12 Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan
F13 Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
F14 RIDA dan FELDA ditubuhkan
F15 Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
F16 Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar

ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

F17 Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama
F17 Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar
F19 Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar
F20 Mengurangkan kadar kemiskinan
F21 Meningkatkan taraf hidup rakyat
F22 Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial
F23 Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan
F24 Menyediakan peluang pekerjaan
F25 Strateginya menggiatkan peranan FELDA
F26 FAMA ditubuhkan pada 1965
F27 FAMA berperanan membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
F28 Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur

iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

F29 Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia
F30 Memberi tumpuan pada integrasi nasional
F31 Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
F32 Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi
F33 Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan perindustrian
F34 Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah baru
F35 Usaha pembukaan tanah baru oleh FELDA semakin pesat
F36 Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara
F37 FELCRA ditubuhkan pada 1965
F38 Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
F39 MARA menggantikan RIDA
F40 Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
F41 Meningkatkan ekuiti bumiputera
F42 Menyediakan kemudahan asas Bumiputera
F43 Penubuhan Bank Bumiputera
F44 Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan
F45 MARDI ditubuhkan 1969

[ 45 x 1m = mak 30m ]

3. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat

F1 Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB
F2 Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
F3 Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal
F4 Penggunaan teknologi tinggi
F5 Keperluan tenaga pekerja mahir
F6 Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
F7 Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir tahun 1980
F8 HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti mana yang dikendalikan oleh sektor swasta F9 Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Senai, Johor/ Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah
F10 Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas
F11 Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way (Selangor)
F12 Pelancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
F13 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemhan dalam struktur perindustrian negara
F14 Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industrinya dan strategi pelaksanaannya
F15 Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
F16 Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan
F17 Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

[ 17 x 1m = mak 15m ]

4. Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

F1 Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ke tahap maksimum
F2 Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
F3 Pengurusan yang berkesan
F4 Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
F5 Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk di eksport
F6 Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum
F7 Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara
F8 Perkongsian kepakaran dalam syarikat
F9 Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional
F10 Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan
F11 Kerajaan memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sektor swasta
F12 Merapatkan jurang ekonomi luar bandar
F13 Membangunkan kawasan luar bandar
F14 Memaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi
F15 Melaksanakan program usahawan

[ 15 x 1m = mak 10m ]

5. Pada pendapat anda, sejauh manakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

F1 Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/ kawasan/ wilayah
F2 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
F3 Menambahkan pendapatan
F4 Menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
F5 Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
F6 Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan
F7 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
F8 Penubuhan MARA
F9 Membantu golongan petani
F10 Menggalakkan perkembangan perusahaan/ perdagangan/memajukan bandar
F11 Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN
F12 Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM
F13 Perbadanan Pembangunan Bandar /
F14 Penubuhan RISDA
F15 Lembaga PErtubuhan Peladang / LPP
F16 PETRONAS
F17 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
F18 Lembaga Kemajuan Johor Tenggara / KEJORA
F19 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah /KETENGAH
F20 Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara /DARA
F21 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan /KESEDAR
F22 Perbadanan Industri Berat Malaysia/HICOM
F23 Penubuhan kawasan perusahaan baru
F24 Zon perdagangan bebas diperkenalkan
F25 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
F26 Pelan Induk Perindustrian
F27 Dasar Penswastaan Malaysia
F28 Dasar Pensyarikatan Malaysia
F29 Permodalan Nasional Berhad /PNB
F30 Skim Amanah Saham Nasional /BSN
F31 Dasar Pertanian Negara /DPN
F32 Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
F33 Pelancaran TAhun Melawat Malaysia
F34 Penyelidikan dan Pembangunan / R&D
F35 Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
F36 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
F37 Memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F38 Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industri desa
F39 Menyediakan teknologi canggih/ inovasi
F40 Meningkatkan bilangan pekerja mahir
( Mana-mana yang munasabah )

6.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat (5 markah)

A. Cabaran:
F1 Masalah perpaduan
F2 Persaingan ekonomi dunia
F3 Kekurangan tenaga mahir
F4 Masalah kemiskinan
F5 Ancaman dadah
F6 Penyalahgunaan laman sesawang
F7 Kemasukan orang asing
F8 Ancaman liberalisme Barat
F9 Keruntuhan akhlak

B. Langkah:
F1 Memperkukuhkan perpaduan rakyat
F2 Meningkatkan kerjasama
F3 Mengamalkan toleransi
F4 Hormat-menghormati
F5 Menjayakan konsep 1Malaysia
(Mana-mana yang munasabah)

7. Nilai-nilai

F1 Memanfaatkan kurniaan tuhan
F2 Mengekalkan tradisi
F3 Berani menghadapi cabaran
F4 Toleransi
F5 Bekerjasama
F6 Hormat-menghormati
F7 Bersatupadu
F8 Berani mempertahankan negara
F9 Berdaya saing
F10 Jati diri

8. Iktibar

F1 Pengetahuan yang diperoleh
F2 Kepada diri, bangsa dan negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

Semoga perkongsian Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat ini dijadikan panduan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.