Skema Jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Kertas 3 SPM

Skema Jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Kertas 3 SPM|ADAKAH anda merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017? Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Untuk makluman anda, Kertas Sejarah terbahagi kepada 3 Struktur Kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
👉 Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4 dan 5 Semua Bab

Skema Jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Kertas 3 SPM

Untuk makluman anda, tema umum soalan bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 3 (1249/3) bagi peperiksaan SPM 2017 berjudul 'Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua'

Skema Jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua 

Berikut dikongsikan Skema Jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Kertas 3 SPM sebagai rujukan menghadapi peperiksaan SPM nanti:

Pengenalan

1. Jelaskan maksud nasionalisme di Asia
   Tenggara (5m)

◾Perasaan cinta akan bangsa dan Negara
◾Gerakan membebaskan tanah air
◾Tidak terhad kepada  pembebasan kuasa
     politik sahaja
◾Juga pembebasan cengkaman ekonomi
◾Pembebasan kebudayaan asing                                                                            (5x1M=5M)

2. Huraikan faktor-faktor kemunculan
    nasionalisme di Asia Tenggara (30 m)

1. Dasar penjajah barat
◾Menimbulkan perasaan tidak puas hati
     rakyat
◾Sistem birokrasi barat tidak beri peluang      kepada rakyat tempatan dalam
     pentadbiran moden
◾Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional
◾Dasar ekonomi penjajah seperti tanaman      paksa dan sistem polo menindas
     penduduk pribumi
◾Penjajah mewujudkan jurang sosial    
    dengan menganggap mereka dalam kelas     tersendiri
◾Penjajah hanya layak bergaul sesama    
     mereka dan elit tempatan
◾Dasar keterbukaan penjajah terhadap
     kemasukan imigran
◾Penguasaan imigran dalam ekonomi

2. Pengaruh Agama
◾Dapat menyatukan rakyat tempatan
◾Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia
    dan Tanah Melayu
◾Penubuhan persatuan Belia Buddha
◾Golongan agama pencetus nasionalisme
◾Gerakan Islah memperjuangkan pan    
     Islamisme iaitu penyatuan dunia
     Islam menentang penjajah                   ◾Agama Kristian  menyatukan penduduk
     Filipina menentang penjajah
◾Penganut Kristian dianggap kelas kedua

3. Karya Kesusasteraan
◾Media untuk menyampaikan mesej
     kesengsaraan dan kekecewaan akibat    
     penindasan
◾Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya
     Jose Rizal
◾Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil    
     Tajam dan Ke Makam Bonda karya
     Chairil Anuar
◾Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung
     Tahan karya Pak Sako

4. Sistem Pendidikan
◾Sikap pilih kasih penjajah
◾Mengutamakan sekolah yang
     menggunakan bahasa penjajah
◾Memberikan pendidikan pada peringkat
     rendah, terhad kepada golongan elit  dan      penduduk Bandar
◾Bertujuan untuk memecahkan
     perpaduan rakyat
◾Di Burma ,pendidikan sekular dan
     mubaligh ancaman kepada sekolah    
     Buddha
◾Di Tanah Melayu, lepasan sekolah
     vernacular sukar mendapat pekerjaan

5. Kemunculan golongan intelektual
◾Berpeluang melanjutkan pelajaran di
     barat dan Asia barat terdedah
     kepada idea falsafah barat dan Islam
◾Mereka sedar penjajah tidak mentadbir        tanah jajahan seperti mentadbir negara        mereka sendiri
◾Mereka memimpin gerakan
     nasionalisme setelah kembali ke tanah
     air
◾Menuntut taraf hidup dibela dan    
     meminta penjajah membebaskan
     Negara

6. Pengaruh Media massa
◾Akhbar dan majalah menyebarkan idea        nasionalis dan menanam perasaan anti        penjajah
◾Di Vietnam: akhbar Tribune Indigene    
     dan Cloche Felee
◾Di Tanah Melayu, Al-Ikhwan, Saudara  
     dan Warta Malaya

7. Sistem Pengangkutan dan perhubungan
◾Kewujudan telefon dan telegraf    
     memudahkan hubungan nasionalis
◾Pembinaan jalanraya dan keretapi
     menghubungkan kawasan yang terpisah
◾Memudahkan rakyat dan pemimpin
     bertemu dan berbincang idea
     nasionalisme

8. Pengaruh luar
◾ Kejayaan Jepun menewaskan China
     1895 dan Rusia 1905
◾Membuktikan Negara kecil dapat
     menewaskan Negara besar
◾Perjuangan Mahatma Ghandi India
◾Memberi inspirasi kepada nasionalis di
     Asia Tenggara
                  ( 50x 1markah = Max. 30 markah)

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di     Filipina dan Thailand (15m)

Perkembangan Nasionalisme di Filipina
                                                                        Tahap 1
o  Merupakan gerakan dakyah
o  Dipimpin oleh Jose Rizal
o  Disokong oleh golongan pertengahan
    berpendidikan barat
o Menuntut Filipina dijadikan wilayah
    sepanyol
o Bangsa Filipina diberikan hak yang sama
o Bangsa Filipina diberikan kebebasan
   bersuara
o Penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal
o Tujuan mendesak Sepanyol melakukan
   pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
o Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke
   Dapitan dan dibunuh

Tahap 2
◾Bermula apabila Katipunan ditubuhkan        oleh Andreas Bonifacio
◾Memulakan penentangan secara radikal
◾Matlamat menyatukan bangsa Filipina
     dan mencapai kemerdekaan melalui
     revolusi
◾Katipunan menggunakan media cetak    
     sebar fahaman revolusi
◾Kalayan akhbar rasmi

Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap 1
◾Bersifat anti penjajah
◾Merupakan kegelisahan rakyat terhadap
     penguasaan politik kerabat diraja
◾Penentangan terhadap raja berkuasa    
     mutlak
◾Perkembangan sistem pendidikan barat
◾Pendedahan fahaman liberal , sistem    
    demokrasi dan sistem raja
    berperlembagaan
◾Kelemahan sistem pentadbiran
◾ Sikap boros raja
◾Membawa kepada penubuhan Parti    
     Rakyat 1932 oleh Nai Pridi
     Panomyong dan Field Marshall Phibul
     Songgram
◾Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai
     1932
◾Menamatkan sistem raja berkuasa
     mutlak

Tahap 2
◾ Disebabkan rasa tidak puas hati  
      terhadap cengkaman ekonomi
      oleh kapitalis Barat dan orang Cina
◾ Phibul Songram meluluskan undang-
     undang menyekat kebebasan dan
     penguasaan ekonomi oleh orang Cina
◾Sekolah Cina dibubarkan
◾Akhbar Cina diharamkan
◾Penduduk pribumi digalakkan
     melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
◾Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya
    untuk penganut agama Buddha
◾Menukar nama Siam kepada Thailand
     bermaksud tanah Bebas
◾Bekerjasama dengan Jepun
◾Berjaya mendapatkan semula wilayah di
    Indochina dan di Tanah Melayu

(15 markah)

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan kedaulatan Negara (15m)

◾Sanggup berkorban demi kebaikan
     bersama
◾Bermusyawarah untuk mencapai kata
     sepakat
◾Menjaga nama baik negara
◾Menghargai perjuangan nasionalis silam
◾Berusaha meningkatkan ilmu
     pengetahuan
◾Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan
◾Dengan memupuk semangat  juang yang
     kental
◾Tidak mudah berputus asa dalam
     menghadapi cabaran
◾Penerapan jati diri yang tinggi
◾Mengekalkan perpaduan antara kaum
◾Tidak mengamalkan diskriminasi antara
     kaum
◾Meningkatkan taraf hidup rakyat
◾Bertolak ansur dalam politik
    ( Mana-mana jawapan munasabah )

                                                         (15x1=15M)

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat (10m)

◾Dapat mengekalkan kestabilan politik
◾Dapat memacu ekonomi setanding
    dengan negara maju
◾Dapat mengurangkan kemiskinan tegar
◾Melahirkan pemimpin yang berwibawa
     seperti Tun Dr.Mahathir
◾Melahirkan angkasawan negara iaitu
     Datuk Sheikh Muzafar
◾Melahirkan ahli sukan bertaraf dunia
     seperti Datuk Lee Chong wei dan
     Datuk Nichol David
◾Mengeluarkan kereta nasional iaitu
     Proton Saga
◾Dapat membina bangunan  pencakar
     langit seperti Menara Berkembar    
     Petronas, KLIA, Menara kuala Lumpur
◾Dari segi telekomunikasi mewujudkan    
     Koridor Raya Multimedia
◾Dapat membina Litar Sepang
◾Dapat membina Pusat pentadbiran Putra      jaya
                                                       (10x1=10m)

6.  (i)
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara (5m)

◾Masih wujud pertikaian antara kaum
◾berlaku rasuah dalam pentadbiran
◾demonstrasi jalanan mengugat
     kestabilan negara
◾masih belum berupaya menghapuskan
     kemiskinan
◾Tidak menghayati Rukun Negara
     menyebabkan persaan tidak puas hati
      antara kaum
◾Masalah sosial seperti jenayah dadah,
     mat rempit dan pembuangan bayi
◾Terhakisnya jati diri di kalangan
     generasi muda
◾Gangguan daripada pihak luar yang
     ingin menanguk di air yang keruh

                       ( 8 x1markah = max 5 markah)        
ii.
Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)

◾Mewujudkan perpaduan antara kaum
◾Mengamalkan sikap bersih cekap dan
    amanah
◾Mengamalkan semangat patriotik/cinta
     akan negara
◾Mempunyai jati diri yang kukuh
◾Berpegang teguh kepada ajaran agama
◾Saling menghormati kebudayaan kaum
     lain
◾Merancang aktiviti yang boleh disertai
    oleh pelbagai kaum seperti Sukan untuk
    semua dan perkhemahan
◾Menjadikan mata pelajaran  sejarah
    sebagai subjek wajib lulus

                       ( 8 x1markah = max 5 markah)      
7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita (10m)

◾Semangat kerjasama antara kaum             ◾Sikap toleransi antara kaum
◾Semangatkeberanian                                     ◾Semangat juang yang kental                         ◾Sanggup berkorban demi negara               ◾Perlu menguasai ilmu pengetahuan
◾Gigih berusaha            
◾Negara kita tanggungjawab kita
◾Berwaspada terhadap kuasa luar
◾Menghargai jasa dan pengorbanan
     pejuang negara
◾Patuh kepada undang-undang
◾Kesetiaan yang tidak berbelah bagi
◾Sikap setiakawan
◾Menghayati Prinsip Rukun Negara                                                                            
                                                        (10x1=10m)

8. Kesimpulan/rumusan (5m)

⚫Oleh itu, sebagai generasi selepas
     merdeka kita seharusnya menghargai
     perjuangan nasionalis silam
⚫Kita sewajarnya berusaha untuk
    mempertahankan dan mengekalkan
    kedaulatan negara
⚫serta mengisi kemerdekaan dengan
    kemajuan untuk mencapai matlamat
    wawasan 2020
⚫Generasi muda perlu mempunyai jati
    diri yang tinggi                          
⚫Tidak mudah dipengaruhi oleh
    kebudayaan asing untuk mengekalkan
    kedaulatan negara
⚫Sebagai warganegara Malaysia, kita
     perlu menjadi modal insan kelas
     pertama bertaraf dunia  bagi memacu
     ekonomi  negara
⚫Kita perlu menguasai teknologi terkini
     dalam mengharungi arus globalisasi
⚫Harapan agar rakyat dapat mengekalkan      perpaduan kaum dan meningkatkan
     pencapaian yang telah dilaksanakan
                                                                             
                                                              (5x1=5M)

Artikel berkaitan:
👉 Tema Umum Sejarah Kertas 3 Peperiksaan SPM 2017
👉 Tajuk Ramalan dan Tajuk Fokus Sejarah SPM 2017

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.