Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara|ADAKAH anda merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017? Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Untuk makluman anda, Kertas Sejarah terbahagi kepada 3 Struktur Soalan iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
👉 Koleksi Nota Ringkas Sejarah SPM Tingkatan 5 Semua Bab

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 1 yang berjudul
'Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara' untuk panduan pelajar semua:

BAB 1 TINGKATAN 5: 
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialis Barat
1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

1.2 Perubahan Sistem Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat Filipina/ Indonesia/ Burma/ IndoChina/ Tanah Melayu/ Thailand

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara
1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme Tahap Pertama/ Tahap Kedua

1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialis Barat

Definisi Imperialisme
  • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
● Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
● Jaminan pasaran yang luas.
● Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
● Kaya dengan bahan mentah.

2. Revolusi Perindustrian
● Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
● Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
● Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan
● Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
● Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
● Telegraf memudahkan perhubungan.

4. Persaingan Kuasa-kuasa Barat
● Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
● Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan

5. Alasan Orang Barat
● British & Belanda- Beban orang Putih
● Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
● Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.

1.2 Perubahan Sistem Politik

1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat Filipina/ Indonesia/ Burma/ IndoChina/ Tanah Melayu/ Thailand

a) Maksud Birokrasi Barat
  • Sistem pentadbiran yang mempunyai hierarki
  • Pembahagian tanggungjawab
  • Mempunyai prosedur atau peraturan rasmi
  • Dikendalikan sepenuh masa oleh pegawai-pegawai kerajaan

b) Ciri-ciri Sistem Birokrasi di Asia Tenggara
  • Penubuhan Kerajaan pusat hasi penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
  • Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
  • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
  • Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
  • Pengenalan undang-undang Barat

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA
● Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan
● Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
● Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
● Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian
● Penubuhan Dewan Tempatan
● Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND
●  Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
● Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
● Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
● Penasihat ketenteraan – dari Perancis
● Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
● Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
● Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
● Juruaudit – dari Britain

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara

1.3 Maksud Nasionalisme
  • Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan negara
  • Pembebasan kuasa politik
  • Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

1. Dasar Penjajahan Barat
● Sistem tanaman paksa di Indonesia
● Sistem Polo di Filipina
● Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
● Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
● Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.

2. Pengaruh Agama
● Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
● Persatuan Belia Buddha di Burma.
● Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

3. Karya Kesusasteraan
● Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
● Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
● Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.

4. Sistem Pendidikan
● Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
● Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
● Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
● Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.

5. Kemunculan golongan intelektual
● Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
● Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
● Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
● Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh Media Massa
● Vietnam- Tribune Indigine
● Tanah Melayu – Al-Ikhwan, Saudara dan Majlis
● Menyebarkan idea-idea nasionalis
● Menanam perasaan anti penjajah.

7. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
● Perkhidmatan telefon dan telegraf
● Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
● Jalanraya dan jalan kereta api
● Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme

8. Pengaruh Luar
● Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
● Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
● Perjuangan mahatma Gandhi di India.
● Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme Tahap Pertama/ Tahap Kedua

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama:
● Dipimpin – Jose Rizal
● Bersifar sederhana
● Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
● Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
● Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
● Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
● Matlamat perjuangan :
A) Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
B) Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
C) Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
D) Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.

Tahap Kedua:
● Penentangan secara radikal
● Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
● Matlamat katipunan:
A) menyatukan bangsa Filipina
B) mencapai kemerdekaan melalui revolusi
● Media cetak iaitu akhbar Kalayan
● Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
● Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
● Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
● Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
● Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
● Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
● Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
●  1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA

Tahap Pertama:
● Tumpuan isu pendidikan
● Untuk ubah nasib penduduk Indonesia
● Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
● Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
●  Pertubuhan penting : Muhammadiyah
●  Matlamat Muhammadiyah:
-Menyebar islam sebenar
-Menghindari ancaman sekualrisme barat
-Menghindari ancaman agama kristian
-Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua:
● Perjuangan Parti politik radikal.
● Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
● Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
● PNI pimpinan Soekarno paling popular.
● Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
● Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
● PNI turut di haramkan.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama:
● Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
● Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
● Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
● Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
● 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
● Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
● Sistem raja berkuasa mutlak tamat
● Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua:
● Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
● Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
● Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
● Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
● Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
● 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
● Hasil  daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDOCHINA

Tahap Pertama:
  • Lebih tertumpu di Vietnam .
  • Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
  • Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
  • Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.
  • Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
  • Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
  • Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua:
  • Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.
  • Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).
  • Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
  • Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BURMA

Tahap Pertama:
  • Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan Barat.
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
  • Penubuhan ini bertujuan untuk:-
- mengekalkan tradisi Burma
- memajukan pendidikan rakyat Burma
  • Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme rakyat
  • Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.
Tahap Kedua:
  • Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
  • Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
  • Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
  • Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
  • Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
  • Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka sebagai ”Tuan”.
  • Dr. Ba Mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nota Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara menjadi rujukan menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.