Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5
Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018? Adakah anda sudah menguasai dan memahami Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5? Novel Bima Sakti Menari merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 3 iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. Kali ini pihak kami akan kongsikan nota lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5 untuk rujukan pelajar semua.
Artikel berkaitan:
👉 Sinopsis Novel Bima Sakti Menari
👉 Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari
Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5
Berikut dikongsikan rujukan/nota setiap bab Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5:
BAB 1: JANJI SRIKANDI
BAB 9: ZURIAT
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
BAB 12: STRATEGI
BAB 18: KERASUKAN
Info:
Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Bima Sakti Menari, anda boleh download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:
KLIK 👉 NOTA NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas
👉 Nota Lengkap Novel Tirani
👉 Nota Lengkap Novel Silir Daksina
Untuk dapatkan maklumat dan info terkini SPM, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm
Semoga perkongsian Nota Novel Bima Sakti Menari ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Kredit Artikel Asal: BMSPM.MY
👉 Sinopsis Novel Bima Sakti Menari
👉 Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari
Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5
Berikut dikongsikan rujukan/nota setiap bab Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5:
BAB 1: JANJI SRIKANDI
- Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
- Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama.
- Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit.
- Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu.
- Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang.
- Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
- Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar.
- Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar.
BAB 9: ZURIAT
- Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
- MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
- Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti.
BAB 12: STRATEGI
- Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56.
- Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami.
- Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut.
- Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk.
- Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman.
- Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan.
BAB 18: KERASUKAN
- Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
- Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya.
- Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa.
- Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
- Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Info:
Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Bima Sakti Menari, anda boleh download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:
KLIK 👉 NOTA NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas
👉 Nota Lengkap Novel Tirani
👉 Nota Lengkap Novel Silir Daksina
Untuk dapatkan maklumat dan info terkini SPM, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm
Semoga perkongsian Nota Novel Bima Sakti Menari ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Kredit Artikel Asal: BMSPM.MY
Post a Comment