Tema dan Persoalan Novel Tirani
Tema dan Persoalan Novel Tirani|APAKAH tema dan persoalan disebalik Novel Tirani? Novel Tirani merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 2 iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semoga perkongsian ini memudahkan para pelajar membuat rujukan tema dan persoalan dalam novel ini.
Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Tirani Komsas Tingkatan 5
Tema dan Persoalan Novel Tirani
Berikut dikongsikan tema dan persoalan Novel Tirani untuk panduan anda:
TEMA
(Huraian)
Semoga perkongsian ini memudahkan para pelajar membuat rujukan tema dan persoalan dalam novel ini.
Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Tirani Komsas Tingkatan 5
Tema dan Persoalan Novel Tirani
Berikut dikongsikan tema dan persoalan Novel Tirani untuk panduan anda:
TEMA
👉 Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
(Huraian)
(i) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.
(ii) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.
(iii) Contoh: Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.
PERSOALAN
1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak
kandungnya
kandungnya
Raidah amat sayang akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu. Raidah juga sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.
2. Keberanian mengambil risiko untuk
memajukan perniagaan
memajukan perniagaan
Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
3. Ketegasan dalam membuat tindakan dan
keputusan
keputusan
Waheeda tegas dan tekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonstruksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun perbuatannya itu bercanggah dari sudut ajaran agama Islam.
Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm
Semoga perkongsian Tema dan Persoalan Novel Tirani ini dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm
Semoga perkongsian Tema dan Persoalan Novel Tirani ini dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Post a Comment