Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas

Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas|APAKAH tema dan persoalan disebalik Novel Songket Berbenang Emas? Novel Songket Berbenang Emas merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 1 iaitu negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Semoga perkongsian ini memudahkan para pelajar membuat rujukan tema dan persoalan dalam novel ini.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas

Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas

Berikut dikongsikan tema dan persoalan Novel Songket Berbenang Emas untuk panduan anda:

TEMA
👉 Ketabahan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

(Huraian)

◾Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.

◾Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya.

◾Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang.

◾Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.

◾Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir.
Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

PERSOALAN

1. Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam
    pelajaran

Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

2. Kemiskinan dalam masyarakat kampung

Dengan dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang tinggal dalam keadaan miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya: keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3. Bantu membantu dalam menyelesaikan
    masalah yang dihadapi oleh orang lain

Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

4. Bertanggungjawab dalam menjalankan
     tugas

Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.  Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

5. Semangat kejiranan walaupun berlainan
    bangsa

Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.