Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina

Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina|APAKAH tema dan persoalan disebalik Novel Silir Daksina? 
Novel Silir Daksina merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 4 iaitu Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga perkongsian ini memudahkan para pelajar membuat rujukan tema dan persoalan dalam novel ini.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina

Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina

Berikut dikongsikan tema dan persoalan Novel Silir Daksina untuk panduan anda:

TEMA
👉 Novel Silir Daksina ini membawa tema kekeluargaan.

(Huraian)

Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

PERSOALAN

1. Persoalan kegigihan seorang remaja
    untuk merungkai misteri kehidupan
    sebenarnya ayahnya

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2. Persoalan usaha untuk mengangkat
    kesenian tarian zapin

Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3. Persoalan kasih sayang seorang ayah
    kepada anaknya

Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

4. Persoalan sikap kerjasama penduduk
    kampung

Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di kampng tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringka mukim di situ.

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina ini dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.