Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan di Eropah
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan di Eropah|
ADAKAH anda merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017? Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Untuk makluman anda, Kertas Sejarah terbahagi kepada 3 Struktur Kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.
Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
👉 Koleksi Nota Ringkas Sejarah SPM Tingkatan 5 Semua Bab
Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 SPM bagi Bab 9 yang berjudul
'Perkembangan di Eropah' untuk panduan pelajar semua:
BAB 9 TINGKATAN 4:
PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perubahan masyarakat dan budaya Eropah
Apakah yang dimaksudkan dengan zaman Gelap di Eropah?
◾Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom, masyarakat dalam keadaan mundur, merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
◾Mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap
◾Pada masa itu tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
◾Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
◾Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
◾Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
◾Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
◾Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
◾Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
◾Kelembapan ilmu pengetahuan.
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
◾Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
◾Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu olch serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
◾Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di kawasan Mediterranean.
◾Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan mata wang terhad.
Nyatakan ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional
◾Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
◾Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan dianugerah tanah.
◾Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah. Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
◾Pembesar Melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana raja.
◾Terdapat hamba yang memberi khidmat kepada pembesar kerana gagal menjelaskan hutang.
Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah?
◾Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
◾Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
◾Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
◾Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
◾Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence di Itali.
◾Melahirkan kelas pertengahan terdiri yang daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankan.
◾Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
◾Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
◾Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
◾Perubahan ini memberikan hak politik kepada rakyat.
◾Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.
Zaman Renaissance
Apakah yang dimaksudkan dengan Renaissance?
◾Berasal daripada perkataan Itali, renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
Senaraikan tokoh humanisme:
◾Francesco Petrarch
◾Niccolo Machiavelli
◾Giovanni Bocaccio
Terangkan sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali
◾Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
◾Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
◾Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
◾Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.
◾Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
◾Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa.
◾Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
◾Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
◾Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
◾Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
◾Terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More , Francis Bacon dan William Shakespeare.
Terangkan sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance
Francesco Petrach
◾Dikenali bapa humanisme.
◾Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu.
◾Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan Paderi.
◾Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
◾Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern pernerhatian.
Niccolo Machiavelli
◾Dikenali tokoh humanisme.
◾Menghasilkan buku "The Prince"
◾Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.
◾Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
◾Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik.
◾Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah.
◾Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.
Leonardo da Vinci
◾Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
◾Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
◾Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa".
◾Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
◾Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.
◾Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.
Nyatakan kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah
◾Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
◾Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
◾Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.
◾Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
◾Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
◾Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.
◾Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.
Pendidikan baru menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat melahirkan ‘manusia ◾Renaissance’ yang mempergunakan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
◾Pengajaran daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.
Zaman Reformation
Apakah yang dimaksudkan dengan Reformation?
◾Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
◾Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pads abad ke-16 yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
Mengapakah gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad ke-16?
◾Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
◾Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
◾Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
◾Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences, Surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
◾Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah.
◾Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences.
◾Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud 'mambantah' yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik dan golongan paderi.
Jelaskan kesan terpenting Zaman Reformation di Eropah
◾Agama Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan.
◾Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
◾Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin pula oleh John Calvin.
◾Berlaku perang keagamaan di Perancis, dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.
◾Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
◾Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
◾Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.
◾Kuasa Gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya, semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.
Penjelajahan dan penerokaan
Senaraikan Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15
◾Portugal
◾Sepanyol
◾Belanda
◾Inggeris
Terangkan sebab-sebab berlaku penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar
◾Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur.
◾Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
◾Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
◾Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah.
◾Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gerej a di Eropah.
◾Semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
◾Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan Belanda menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
◾Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.
Apakah kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat?
◾ Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
◾Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
◾Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
◾Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
◾Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
◾Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia Tenggara dan Laut China Selatan dikuasai oleh Portugis.
◾Penduduk tempatan menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
◾Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
◾Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
◾Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerj a di lombong dan di ladang mereka.
◾Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.
Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
Senaraikan sistem tanah di Britain?
◾Tanah awam
◾Tanah milik persendirian
Huraikan sebab-sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain
◾Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.
◾Britain menghadapi pertambahan penduduk, menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
◾Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
◾Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
◾Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
◾Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian meningkat.
◾Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran secara meluas.
Jelaskan kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18
◾Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
◾Lebihan produk dieksport.
Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
◾Menyediakan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh penting dalam masyarakat.
◾Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.
Senaraikan ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian
◾Water Frame
◾Spinning Jenny
◾Enjin Berkuasa Wap James Watt
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain
◾Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.
◾Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian.
◾Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
◾Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindusrtrian.
◾Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
◾Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustrian Britain.
Huraikan kesan Revolusi Perindustrian di Britain
◾Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara
◾Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian.
◾Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
◾Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
◾Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
◾Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerj a kilang.
◾Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
◾Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.
◾Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
◾Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta.
pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
◾Terdapat Akta Anti-penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
◾Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
◾Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil.
◾Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
◾Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.
Imperialisme
Apakah yang dimaksudkan imperialisme?
Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia
◾Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus, emas dan perak.
◾Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain, Jerman, Belanda, Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis.
◾Revolusi pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
◾Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka Pihak ◾Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama Kristian ke seberang laut.
◾Semangat perlumbaan di kalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
◾Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai "the white man's burden", oleh Perancis sebagai "mission civilisatrice", oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai "the blessings of the Anglo-Saxon protection.
Huraikan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara
◾Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.
◾Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah ◾Melayu, Burma, India, Belanda di Indonesia, Perancis menjajah lndo China dan Amerika menduduki Filipina.
◾Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
◾Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
◾Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
◾Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.
◾Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
◾Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
>>https://t.me/rujukanexamspm
>>https://t.me/rujukanexamspm
Semoga perkongsian Nota Perkembangan di Eropah menjadi rujukan pelajar menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Post a Comment